Hasrat ahli perniagaan Malaysia untuk memiliki saham dalam kelab England, Wigan Athletic tidak kesampaian apabila kelab itu dijangka akan dibeli syarikat gergasi dari Bahrain, Kumpulan Phoenix.

Menurut laporan The Sun, faktor kekuatan kewangan yang kukuh serta perbelanjaan tunai yang tinggi untuk membawa masuk pemain difahamkan menjadi faktor utama mengapa Kumpulan Phoenix mendapat kepercayaan daripada ahli Lembaga Pengarah kelab untuk dijadikan sebagai pemilik baharu pasukan.

Wigan Athletic
Sumber Gambar: The Mirror

Talal Mubarak Al Hammadi bakal dijadikan sebagai pengerusi kelab sambil dibantu oleh dua kumpulan penasihat dari Britain yang diketuai oleh bekas ketua eksekutif Wigan, Mal Brannigan serta pakar komputer, Tom Markham.

Sunikan dana sebesar £3 Juta atau sekitar RM17 Juta telah diluluskan oleh pengelola liga, English Football League (EFL) dimana mereka mahu memastikan dana tersebut bersih daripada segala unsur yang tidak diketahui.

Wigan Athletic
Sumber Gambar: Wigan Athletic

Pada mulanya, sekiranya pengambil alihan berjalan lancar, ahli perniagaan dari Malaysia itu bakal menjadi pemegang saham kedua terbesar kelab dengan pegangan berjumlah 20 peratus.

Ahli perniagaan dari Malaysia itu bercadang untuk membina akademi baharu selain membuka cawangan di Malaysia sebagai jambatan untuk pemain muda negara beraksi bersama Wigan Athletic pada masa akan datang.

Baca artikel lain mengenai Wigan Athletic dan perkembangan bola sepak Eropah di sini:

Ahli Perniagaan Malaysia Terlibat Dalam Proses Ambil Alih Wigan Athletic

Angelino: “Liverpool Lebih Tertekan, Trent Adalah ‘Lubuk’ Untuk Kami Manfaatkan”

UCL: 10 Pemain Porto Singkir Juventus